Assalamualikum semua :)
Salam ramadhan buat para muslimin & muslimat sekalian.
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk teruskan beribadat kepadaNya.
Bulan Ramadhan adalah bonus bagi ahli kubur dimana mereka terlepas daripada sebarang azab keseksaan.
Bagi manusia yang masih bernafas di bumi ini, pelbagai ujian & dugaan masih lagi menimpa diri mereka. Inilah yang dikatakan ujian Allah. Ujian ini bukan tanda Allah benci kita tetapi ujian ini adalah tanda Allah sayangkan kita & inginkan kita sentiasa beringat kepadaNya. Ingatlah bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita, melihat apa yang kita lakukan sepanjang berada di dunia yang sementara ini. Allah Maha Mengetahui apa yang ada di bumi ini. Maka kita seharusnya yakin terhadap Allah kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanyaNya. Jangan pernah sesekali lupa kepada Pencipta kita.
Jadikan bulan Ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada sebelumnya. :)